Friday, February 28, 2014

Andainyaaaaa...

andai lelaki tau..
apabila seorang perempuan jatuh cinta
lelaki itu tidak perlu ada segalanya
tapi lelaki itu adalah segalanya dihatinya

andaikan lelaki tau..
apabila seorang perempuan itu
mengalirkan air mata
itu bukan bererti dia lemah
tetapi dia sedang mencari
kekuatan untuk terus tabah
mencintai lelaki itu

andai lelaki tau..
apabila perempuan berbicara
banyak perkara
dia tidak bermaksud membuat
anda jemu
tapi dia mahu lelaki mengenalinya
dengan lebih dekat

andai lelaki tau..
apabila perempuan berkata dia
mahu anda berubah
itu bukan bererti dia tidak mahu
menerima anda dengan apa adanya
tetapi dia mau menjadikan anda
lebih baik
bukan untuk dirinya
tetapi untuk masa depan anda
kadang-kadang dia terlalu risau
dengan kepercayaan yang diberi
kerana naluri keibuannya sangat kuat
dia hanya menginginkan yang
terbaik untuk anda

andai lelaki tau..
apabila perempuan merajuk
jangan anggap dia mengada-ada
dia bukannya nak dipujuk
dengan wang atau hadiah
tetapi cukup dengan perhatian
yang boleh membuat perempuan
merasa dihargai

andai lelaki tau..
apabila perempuan berkata dia
rindu
bererti dia benar-benar
merindukan anda..
apabila berjauhan..
maka bayanganmu akan
senantiasa bermain di matanya

andai lelaki tau..
perempuan terlalu emosional
tapi dialah yang paling
menyayangi anda
dan sangat sensitif dengan
perubahan pada diri anda

andai lelaki tau..
Allah memang menciptakan lelaki
dan perempuan itu dengan
perbezaan yang tersendiri
tetapi sekiranya mereka saling
memahami
mereka akan saling melengkapi
dan menyempurnakan

kehadiran seseorang
dalam hidup anda
didatangkan bukan
dengan kelemahan saja
tetapi kekuatan
untuk menyokong anda
dan membuat hidup anda lebih
sempurna
dia juga yang akan menjadi isteri,
juga ibu yang terbaik untuk anak-
anak anda...



Jauh Ku Menunggu, Jauh Ku Berharap...


Resah hati ku
Selalunya ada
Fikirkan kamu
Setiap waktu ku
Tenang jiwa ku
Bila kau di sisi
Dalam dakapan mu 
Buat ku mati

Jauh
Ku menunggu
Biar ketahuan mu
Disini ku merindu

Jauhhh
Ku berharap
Kembali kau pada ku
Akhiri penantian ku

Tak mampunya aku
Bila kau tiada
Gelap hariku
Sepi hidup ku
Lemah langkah ku
Mendengar suara mu
Laju jantung ku 
Bila menyentuh mu


Friday, February 21, 2014

Kau Yang Terindah

Ku Disini Mengalunkan Rindu Yang Resah
Aku Disini Memuja Bayangmu
Setiap Detik Degup Nadiku Hanya Untukmu
Cinta Membara Jiwa Gelora

Kau Yang Terindah Didalam Hidupku
Hanya Cintamu Mekar Selamanya
Tak Inginku Lagi Mencintai Yang Lain
Kau Telah Mengikatku Selamanya...

Tuesday, February 4, 2014

Cemburuku mengikat relung hati..

Sayang..
Hati itu berwarna merah dia terletak di pinggir hati..
Merah itu pula adalah darah dan terasa sakit andai dilukai.. 
Diantara hati dan warna itu ada sebentuk cinta bersemadi..
Cinta itu adalah perasaanku ini..

Sayang..
Cinta itu punya rahasia tersendiri..
Tak akan tersingkap erti nya..
Dia jauh bersembunyi antara denyutan jantung dan nadi..
Cinta itu terbukti jika ada cemburu menguasai diri..
Itulah tanda kasih seandainya cemburuku mengikat relung hati..

Sayang.. 
Namun api cemburu makin membelenggu..
Benarkah sayang boleh cemburu..
Kata orang, cemburu tanda tak mampu..
Tapi sebenarnya cemburu adalah sayang yang terlalu…