Sunday, May 25, 2014

Semoga....

Semoga ..
Rindu ialah Syurga.. 
Yang kita nantikan..
Pada kekal Cinta..
Yang diredhai Tuhan..

Tersungkur dalam sujud....

Tersungkur dalam sujud
Ku panjatkan sebuah do'a
Diiringi gemuruh dalam dada
Bagai irama kerinduan 
Kepada Sang Kekasih
Do'a adalah harapan
Do'a adalah sebuah penyatuan
Do'a adalah lah rayuan
Do'a adalah rintihan
Buat rasa yang tak bisa terluah
Kepada jiwa yang sedang menangis
Do'a juga adalah kekuatan
Kerna ianya juga terkandung pegharapan
Buat cita dan rasa
Hanya pada MU
Aku merintih
Aku menangis
Aku mengadu
Sesungguh nya 
Aku lemah tanpa MU
Aku jahil tanpa cahaya petunjuk MU
Bantu lah aku
Bimbing aku ke jalan MU
Sungguh
Aku rindu 
Sungguh 
Aku syahdu....




Sungguh aku Janji...

Kini...
Ianya berbeza..
Jujur pada cinta
Setia pada asmara
Kasih pada yang satu
Ikhlas pada rasa
Tulus pada janji
Jitu pada jiwa

Tak kan mungkin ku berpaling
Pada mahligai kian terbina
Tak kan mungkin beralih
Pada impian kian sempurna

Tiada pura-pura dalam hari
Tiada rasa yang tersembunyi

Sungguh aku jujur
Sungguh aku akur

Dalam Janji Setia
Yang Kita Lafaz Bersama....

Wednesday, April 23, 2014

Rindu..
Sejenak aku dipelukmu,
Dalam sendu
Dalam tawa,
Pada segala
Oh aku rindu
Seperti semalam
Aku pandang ke langit
Tidaklah sejarak itu aku dan kamu
Tapi padanya aku nampak kamu
Ya kamu
Perlukah embun semalam aku anyam
Untuk selimut pagi mu yang seindah bahagia
Walau saja sering aku lewati pagi itu
Bukan kah itu bahagia pada hakikat
Atau Cuma rasa yang tak terungkap
Takkan hilang aku dan kamu
Takkan hilang cinta dan rindu


23/2, 12.04am..

Setiap detik..

Di setiap detik,
Jantung mu yang berirama,
Disana juga lah,
Telah ku alamatkan,
Rasa rindu yang terpahat,
Utuh...

Friday, February 28, 2014

Andainyaaaaa...

andai lelaki tau..
apabila seorang perempuan jatuh cinta
lelaki itu tidak perlu ada segalanya
tapi lelaki itu adalah segalanya dihatinya

andaikan lelaki tau..
apabila seorang perempuan itu
mengalirkan air mata
itu bukan bererti dia lemah
tetapi dia sedang mencari
kekuatan untuk terus tabah
mencintai lelaki itu

andai lelaki tau..
apabila perempuan berbicara
banyak perkara
dia tidak bermaksud membuat
anda jemu
tapi dia mahu lelaki mengenalinya
dengan lebih dekat

andai lelaki tau..
apabila perempuan berkata dia
mahu anda berubah
itu bukan bererti dia tidak mahu
menerima anda dengan apa adanya
tetapi dia mau menjadikan anda
lebih baik
bukan untuk dirinya
tetapi untuk masa depan anda
kadang-kadang dia terlalu risau
dengan kepercayaan yang diberi
kerana naluri keibuannya sangat kuat
dia hanya menginginkan yang
terbaik untuk anda

andai lelaki tau..
apabila perempuan merajuk
jangan anggap dia mengada-ada
dia bukannya nak dipujuk
dengan wang atau hadiah
tetapi cukup dengan perhatian
yang boleh membuat perempuan
merasa dihargai

andai lelaki tau..
apabila perempuan berkata dia
rindu
bererti dia benar-benar
merindukan anda..
apabila berjauhan..
maka bayanganmu akan
senantiasa bermain di matanya

andai lelaki tau..
perempuan terlalu emosional
tapi dialah yang paling
menyayangi anda
dan sangat sensitif dengan
perubahan pada diri anda

andai lelaki tau..
Allah memang menciptakan lelaki
dan perempuan itu dengan
perbezaan yang tersendiri
tetapi sekiranya mereka saling
memahami
mereka akan saling melengkapi
dan menyempurnakan

kehadiran seseorang
dalam hidup anda
didatangkan bukan
dengan kelemahan saja
tetapi kekuatan
untuk menyokong anda
dan membuat hidup anda lebih
sempurna
dia juga yang akan menjadi isteri,
juga ibu yang terbaik untuk anak-
anak anda...



Jauh Ku Menunggu, Jauh Ku Berharap...


Resah hati ku
Selalunya ada
Fikirkan kamu
Setiap waktu ku
Tenang jiwa ku
Bila kau di sisi
Dalam dakapan mu 
Buat ku mati

Jauh
Ku menunggu
Biar ketahuan mu
Disini ku merindu

Jauhhh
Ku berharap
Kembali kau pada ku
Akhiri penantian ku

Tak mampunya aku
Bila kau tiada
Gelap hariku
Sepi hidup ku
Lemah langkah ku
Mendengar suara mu
Laju jantung ku 
Bila menyentuh mu


Friday, February 21, 2014

Kau Yang Terindah

Ku Disini Mengalunkan Rindu Yang Resah
Aku Disini Memuja Bayangmu
Setiap Detik Degup Nadiku Hanya Untukmu
Cinta Membara Jiwa Gelora

Kau Yang Terindah Didalam Hidupku
Hanya Cintamu Mekar Selamanya
Tak Inginku Lagi Mencintai Yang Lain
Kau Telah Mengikatku Selamanya...

Tuesday, February 4, 2014

Cemburuku mengikat relung hati..

Sayang..
Hati itu berwarna merah dia terletak di pinggir hati..
Merah itu pula adalah darah dan terasa sakit andai dilukai.. 
Diantara hati dan warna itu ada sebentuk cinta bersemadi..
Cinta itu adalah perasaanku ini..

Sayang..
Cinta itu punya rahasia tersendiri..
Tak akan tersingkap erti nya..
Dia jauh bersembunyi antara denyutan jantung dan nadi..
Cinta itu terbukti jika ada cemburu menguasai diri..
Itulah tanda kasih seandainya cemburuku mengikat relung hati..

Sayang.. 
Namun api cemburu makin membelenggu..
Benarkah sayang boleh cemburu..
Kata orang, cemburu tanda tak mampu..
Tapi sebenarnya cemburu adalah sayang yang terlalu…

Wednesday, January 29, 2014

emosi ku ini.... :(

Maaf..
Jika emosi ini menguasai diri..
Aku cuba mengawal hati..
Menjadi yang lebih bererti... :(

Sunday, January 26, 2014

Rasa itu menular lagi, lagi & lagi...

Cemburu,
Haruskah ia ada,
Menular di setiap urat rasa,
Merebak tidak semena,
Tapi itu adalah biasa,
Lumrah seorang wanita,
Pasti merasakan nya....

Saturday, January 18, 2014

Aku Tak Mampu..

Aku tak mampu untuk mengatakan tidak pada Bahagia,
Kerna aku benar- benar Bahagia,
Aku tak mampu mengatakan aku Derita,
Kerna aku benar- benar Gembira,
Aku tak mampu menyembunyikan Tawa,
Kerna aku benar- benar Teruja,
Aku tak mapu mengalirkan air mata,
Kerna aku benar-benar Derita,

Dan aku tak mampu mengatakan tidak pada Cinta,
Kerna aku benar- benar telah Jatuh Cinta...

Saturday, January 11, 2014

Bersamalah kita, Menjejak mimpi, Melakar sebuah pelangi...

Bersamalah kita,
Menjejak mimpi,
Melakar sebuah pelangi,

Kerna rindu ini bertandang lagi,
Ku coretkan rasa cinta dihati,
Tak terperi segenap ruang dalam diri,

Rindu Ini Terus Menyapa,
Di Setiap Waktu Seakan Tak Mau Berhenti,
Selintas Ku Membayangkan Dirimu,

Jiwa, raga, terhempas dari angan mimpi nun jauh,
Khayalan,lamunan dan lantunanku,
Tertuju tuk cari dirimu,

Semua yang ku punya hanya miliknya,
Dan hatiku diberi ketulusan cinta,
Inilah titipan rasa,

ya ALLAH,
Jadikanlah hati ini selalu memilih yang benar,
dan sentiasa mencintai dia,
aku ingin bersamanya,

setiap tika dan masa..

Hanya Padamu


Hanya padamu
Ku serahkan segalanya
Kau bertakhta di nurani
Anggun cinta mu abadi

Hanya pada mu
Pertama dan yang terakhir
Pohon cinta ku merendang
Disirami kasih suci

Jiwa ku dipalu gemersik tak terkira
Hampir ku terlena dalam belaian mu
Cinta mu selembut sutera menjadi saksi kasih ku
Tiada dua hanyalah satu kau yang ku cintai
Sekelumit cinta sekurun kerinduan

Ku rempuhi ranjau duka
Membara sehangat api
Terhapus sepi di hati ku
Seulas bibir mu kelu tidak berkata

Namun ada sesuatu
Nurbisa dari mata mu
Terpancar cinta yang sejati
Awan yang berarak saujana membiru
Cerahlah wajah mu di rimba sendu ku
Menjadi hamparan cinta suci



Monday, January 6, 2014

Mekarnya Cinta Dalam Asmara..


Kini, aku benar-benar rasakan cinta,
Yang selama ini aku teroka disini disana,
Hidup bagaikan lebih bermakna,
Nafas bagaikan lebih sempurna,
Bererti dan bermakna,
Dengan cinta dan asmara,
Ya aku terpesona,
Rasa cinta yang kian bergelora,
Aku kian terkesima,
Mekarnya cinta dalam tawa,
Penuh mesra dalam asmara,
Aku bahagia,
Terima kasih pada yang Esa,
Beriku kesempatan merasakan bahagia,
Beriku peluan kecapi semuanya,
Tinggal semua derita dijiwa..

Kerna Aku Adalah Aku...

Jiwa ini mudah memberontak,
Hati ini mudah meledak,

Jangan paksa aku menjadi mereka itu,
Kerna aku adalah aku,

Biar dunia sering berbicara begini begitu,
Namun aku tetap aku,

Meski aku dibiar terdampar disitu,
Aku tetap jitu yang satu...

Sunday, January 5, 2014

Berteman Fajar Mentari..

Berteman fajar mentari,
Secangkir kopi dan selembar roti,
Ku kirim sebuah puisi untukmu duhai sang pujaan hati.
Menyinari  hari mendiami hati.
Merupa matahari laksana matahati.
Setiap kali rindu merisik di hati.
Ku pasrahkan doa pada ILLAHI.
Hingga detik detik tak terdengar lagi.
Begitulah luka luka akan pergi
Dan engkaulah kebahagiaan sejati.
Buat diri ini.
Selamanya pasti..

Saturday, January 4, 2014

Saat Hati ku Berdegup Kencang..

Tiada lafaz mampuku ungkapkan melainkan kata Syukur pada Yang Esa...
6/13,12:10am

Kala rindu bersatu di ranting kata
Kau & aku adalah satu
Dalam lafaz dan penjara janji
Pelangi itu makin menghampiri
Tika hati ini merintih sayang
Kau & aku semakin jitu
Sejingga  api hinggap di kaca
Namun kau tetap setia di jiwa
Saat kau pergi
Resah dan gelisah mencipta sepi
Tiada lagi halus kuntuman bunga
Dan cahaya kian kelam
Aku gembira kau kembali
Walau pada saat ini aku bergelora
Pada cinta & harapan
Adakah lagi sesaat dulu
Yang kau bawa & pergi bersama
Dan lautan itu cumalah sehampar cinta
Sedang langit itu sebentang asmara
Takkan berpaling kasih andai itu yang aku pilih
Takkan lagi jalan itu berpusar ke hutan
Andai rindu kian berbisik

Dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim, perjalananku bermula..

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih..Assalamualaikum w.b.t. 


Dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim... 

Aku mula untuk menulis. Cetusan ilham untuk meghasilkan blog ini bermula apabila puisi-puisi karya 'DIA' membuat hati ku makin berbunga membaca dan mula berkarya. Ianya sungguh puitis menggetarkan jiwa. Setiap puisi yang dihasilkan sering menambat jiwa dan memberiku ilham untuk mula berkarya. 
Meskipun aku tidak seperti dia, namun aku tetap mencuba. Terima kasih aku ucapkan.. Dan keranapuisi juga aku rasa bahagia, tiada lagi rasa derita di jiwa. Yangpasti hatiku makin berbunga deksemangat yangkembali tersemat di jiwa .Alhamdulillah,aku bersyukur pada Yang Maha Kuasa. Kerna masih memberikan ku peluang untuk menetap sementara di bumi ciptaan -Nya.. Yang penuh dengan segala nikmat di sini di sana, cuma terkadang kita yang leka dengan dunia yang hanya sementara. Moga perjalanan ku untuk berkarya di redhai- Nya. Insya ALLAH...